comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja maut, motosikal terbabas

KUALA NERUS: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangi hilang kawalan sebelum terbabas di Kampung Duyung, Seberang Takir, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 11.25 malam, mangsa Muhammad Arif Addin Shamsuri Amir Ismail, 19, yang menunggang motosikal WMoto 125 meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal dari rumahnya di Mengabang Telipot menghala ke pusat bandar.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan akibat jalan licin.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, ” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini