Tumpuan :
Nasional

Remaja perempuan hilang di Genting Highlands

Nur Hidayatul Iman Abdullah, 14 tahun dilaporkan hilang di Genting Highlands pada 31 Disember 2024.- FOTO: IPD Bentong

BENTONG: Polis sedang mencari seorang remaja, Nur Hidayatul Iman Abdullah, 14, yang dilaporkan hilang di Ramin Apartmen, Genting Highlands pada 31 Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan daripada abang mangsa mengenai kehilangan remaja itu pada 3 Januari 2025, jam 6.40 petang.

“Remaja yang berkulit sawo matang dan berbadan kurus berkenaan berada di depan Restoran Aladdin, Genting Highlands.

“Kali terakhir remaja itu memakai baju sejuk jenis Adidas berwarna hitam dan seluar serta tudung juga berwarna hitam,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lokasi kes Orang Hilang itu diminta tampil menghubungi terus ke Pusat Kawalan Daerah IPD Bentong menerusi talian 09 -2231999, Balai Polis Bentong (09 – 2222222), Balai Polis Genting Highlands (03 – 61012222) dan mana-mana balai berdekatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini