comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja perempuan hilang sejak Selasa lalu

PETALING JAYA: Remaja perempuan berusia 16 tahun hilang selepas keluar dari rumahnya di Jalan PJU 10/13b, Saujana Damansara, Damansara Damai, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakrudin Abdul Hamid berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa, Ng Siew Ting pada 7.50 malam Rabu lalu.

Menurutnya, dia didapati hilang selepas keluar dari rumahnya pada 7 pagi.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Amir Hakimi Zakaria di talian 012-3783178 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini