comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja perempuan maut, motosikal rempuh lori

Foto hiasan

ISKANDAR PUTERI : Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal yang diboncengnya terlibat dalam nahas dengan sebuah lori di Gelang Patah, Johor Bahru, petang tadi.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 3.30 petang.

Mangsa yang membonceng motosikal ditunggang rakannya berusia 19 tahun, disahkan meninggal dunia ditempat kejadian selepas mengalami cedera parah di kepala akibat di gilis tayar lori.

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superitenden Ibrahim Mat Som berkata, penunggang motosikal berkenaan turut cedera parah dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HAS) untuk rawatan.

Katanya, siasatan awal mendapati pemandu lori berkenaan tidak mengalami kecederaan.

“Punca kemalangan masih dalam siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan.

Identiti dan usia mangsa masih belum dikenalpasti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini