comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja wanita parah, nahas 2 kereta, 5 motosikal 

ISKANDAR PUTERI: Seorang remaja wanita dianggarkan berusia 16 tahun cedera parah apabila terlibat dalam nahas di kilometer 5.4 Lebuh Ismail Sultan menghala ke Johor Bharu, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, kejadian berlaku pada jam 7.30 malam semalam melibatkan 2 buah kereta dan 5 motosikal.

Ketika dihubungi beliau memaklumkan, hanya satu laporan diterima pihak polis setakat ini.

Berdasarkan laporan yang diterima oleh pemandu kereta terbabit, lelaki berkenaan cuba mengelak sebuah motosikal yang terbabas dan kemudian keretanya dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta lain.

Kemudian katanya, berlaku pelanggaran lain di belakang kereta kedua dipercayai oleh sekumpulan penunggang motosikal.

Ujarnya hanya seorang pembonceng wanita mengalami kecederaan patah bahu manakala mangsa lain cedera ringan.

Pihak polis masih menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini