comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Reman ibu bapa Zayn Rayyan tamat esok


SHAH ALAM: Perkembangan terkini berhubung kes ibu bapa kanak-kanak, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang kini dalam tahanan reman hanya akan dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Justeru, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, semua pihak perlu menunggu kemungkinan Pengarah JSJ memberi kenyataan berkaitan perkembangan kes itu.

“Reman akan tamat esok, jadi saya tidak dapat berkongsi apa-apa petang ini (sambung reman atau terus tuduh esok).

“Kedua-duanya, tidak boleh sambung reman lagi. Tunggu mungkin Pengarah JSJ akan beri kenyataan berkaitan perkembangan kes ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Beliau turut memaklumkan tidak mempunyai maklumat sama ada kertas siasatan sudah dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya atau sebaliknya.

“Sama ada sudah lengkap atau belum lengkap (kertas siasatan), pihak Bukit Aman akan maklum nanti. Saya tidak ada maklumat yang lengkap untuk dikongsi.

“Tetapi ia (kertas siasatan) masih dalam proses,” katanya.

Mengulas mengenai kehadiran ibu Zayn Rayyan di lokasi kejadian, beliau menegaskan, perkara itu adalah sebahagian tindakan bagi melengkapkan siasatan sebelum kertas siasatan yang lengkap dihantar Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Pada 7 Jun lalu, pasangan suami isteri masing-masing berusia 28 tahun disambung reman enam hari lagi dan akan tamat esok.

Sambungan reman itu bagi melengkapkan siasatan susulan terdapat percanggahan keterangan daripada ibu, bapa dan saksi antara sebab siasatan lanjut dilakukan polis.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini