comscore
Tumpuan :
Nasional

Reman suspek bakar bunuh wanita hamil bakal dilanjutkan

Foto hiasan

PETALING JAYA: Polis dijangka mendapatkan lanjutan reman ke atas suspek kes bunuh dan bakar wanita hamil di Sungai Besar, Selangor.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superitendan Agus Salim Mohd Alias ketika dihubungi berkata, permohonan itu bagi melengkapkan siasatan di bawah 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek berusia 20 tahun yang merupakan kekasih mangsa ditahan reman selama enam hari sehingga esok.

Dalam kejadian Isnin lalu, seorang wanita hamil empat bulan dipercayai dibunuh sebelum dibakar di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau.

Berdasarkan laporan bedah siasat, punca kematian mangsa akibat kesan luka tikaman di dada.

Dalam perkembangan kes sama, polis turut mengingatkan orang ramai untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tidak benar di media sosial yang boleh menganggu siasatan.

Loading...
Terkini