comscore
Tumpuan :
Nasional

Replika ikan layaran bulatan Mengkabong musnah dilanggar kenderaan

Replika ikan layaran pada bulatan Mengkabong, Tuaran rosak teruk dipercayai selepas dilanggar kenderaan yang terbabas malam tadi.

TUARAN: Replika ikan layaran pada bulatan Mengkabong di sini, musnah dipercayai akibat dilanggar kenderaan yang terbabas  malam tadi.

Replika itu dianggap simbol daerah Tuaran yang terkenal dengan hasil laut dan telah didirikan hampir dua dekad yang lalu.

Majlis Dearah Tuaran (MDT) dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu.

“Setakat ini, pihak yang melanggar replika itu belum tampil membuat laporan kepada MDT,” katanya.

FOTO: NSTP

MDT berharap pihak yang melanggar replika itu akan membuat pembayaran ganti rugi.

Menurut kenyataan itu, MDT juga memohon bantuan saksi awam untuk tampil membantu siasatan kes itu.

Menjelaskan lebih lanjut MDT berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenalpasti pelaku yang melanggar replika itu.

Dalam perkembangan berkaitan, kejadian itu turut tular di media sosial dengan netizen kesal dengan kejadian yang merosakkan mercu tanda Tuaran.

Rata-rata netizen mahukan pihak melakukan perbuatan itu ditangkap dan dihadapkan kemuka pengadilan.

Loading...
Terkini