comscore
Tumpuan :
Nasional

Restoran popular di Ipoh diserbu, 12 Pati ditahan

FOTO: JIM Perak

IPOH: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 12 pendatang asing tanpa izin (Pati) dalam serbuan ke atas restoran yang popular dalam kalangan pelancong di Taman Canning di sini.

Timbalan Pengarah Imigresen Perak, Sharmanrizal Rustam berkata, operasi antara 8.15 pagi hingga 9.30 pagi itu dijalankan ke atas dua premis iaitu restoran itu dan rumah kedai yang terletak di tingkat atas, yang dijadikan asrama pekerja.

Katanya, seramai 12 anggota dan pegawai terbabit operasi dan memeriksa 22 individu termasuk warga asing.

“Pati yang ditahan adalah 11 lelaki warga Myanmar dan seorang wanita warga Indonesia.

“Mereka ditahan untuk siasatan lanjut kerana tidak memiliki dokumen masuk sah, tinggal lebih masa dan melanggar syarat pas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) akta sama dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Kes juga disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan mengikut Akta Pasport 1966,” katanya.

Selain itu, ujarnya  majikan dan pemilik premis turut disiasat kerana membenarkan Pati berada di premis itu dan tindakan tegas boleh diambil jika didapati bersalah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini