comscore
Tumpuan :
Nasional

Revolusi industri warnai jiwa sempena Ulang Tahun TV3 ke-40

Foto hiasan

PETALING JAYA: Bersempena dengan sambutan ulang tahun TV3 yang ke-40 pada 1 Jun 2024, program dokumentari Majalah 3 memaparkan empat sudut inovasi dan teknologi terkini yang sedang pesat berkembang di dalam negara.

Foto hiasan

Teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence(AI) amat popular ketika ini. Tidak mahu ketinggalan, sebuah syarikat perkhidmatan robotik tempatan, Roboprenuer Sdn. Bhd. giat melakukan penyelidikan dan memperkenalkan robot-robot AI untuk membantu kehidupan manusia masa kini.

Foto hiasan

Sejak ditubuhkan lebih 54 tahun lalu, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) komited menjalankan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) kilang tanaman dalam bangunan yang tidak menggunakan tanah untuk bercucuk tanam sebagai jaminan bekalan makanan masa hadapan yang lestari.

Foto hiasan

Siapa sangka serat daun nanas boleh ditukar menjadi kertas dan akhirnya menjadi punca pendapatan buat para pekebun nanas dan pengusaha cenderamata tempatan?

Dengan visi untuk menjadi peneraju industri nanas di peringkat global menjelang 2025, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini bergiat aktif dengan membawa inovasi produk ini ke skala yang lebih besar dengan memperkenalkan produk kertas nanas ke dalam industri besar.

Foto hiasan

Inovasi terakhir dalam sedutan episod kali ini pula akan menonjolkan sudut kreatif 7 anak seni muda yang terlibat dalam mempamerkan karya seni mereka di Muzim Telekom bersempena dengan sambutan ulang tahun TV3 yang ke-40.

Keunikan hasil seni ini mengambil inspirasi daripada program dan rancangan ikonik TV3 sepanjang zaman seperti Buletin Utama, Raudah, Wanita dan Hiburan menerusi projek pemetaan cahaya dan seni digital yang mengasyikkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ‘Revolusi Industri Warnai Jiwa’, saksikan Majalah 3 pada jam 9 malam ini di TV3.

Langgan TontonUp untuk eksklusif episod penuh Majalah 3 di Tonton.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini