comscore
Tumpuan :
Bencana

[VIDEO] Ribut : 36 sekolah terjejas  

 

KUALA LUMPUR: Sebanyak 36 sekolah terjejas akibat ribut yang melanda ibu kota dan sekitar Selangor, kelmarin dengan kerosakan membabitkan 27 sekolah di Kuala Lumpur dan sembilan di Selangor.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata, peruntukan penyelenggaraan untuk tujuan membaiki kerosakan di bawah kecemasan akan disalurkan segera.

“Pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan membuat penilaian lanjut terhadap kerosakan yang berlaku di sekolah berkenaan dengan kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Bumbung kantin SMK Seri Titiwangsa Kuala Lumpur rosak akibat ribut, kelmarin. – FOTO : Hairul Anuar Rahim

“Seterusnya, pihak JKR akan mengemukakan laporan penilaian berserta anggaran kos kepada KPM,” katanya.

“JPWPKL, JPNS dan PPD akan melaksanakan pembaikan serta pembersihan segera bagi membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) diteruskan tanpa sebarang gangguan.

Kelmarin, hujan lebat serta ribut menyebabkan pokok tumbang di beberapa lokasi di sekitar ibu kota dan Selangor sehingga merosakkan kenderaan, rumah dan menghalang laluan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dilaporkan menerima 90 kes kejadian pokok tumbang yang menghempap kenderaan dan rumah.

Loading...
Terkini