comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ribut, dugaan hari pertama Ramadan

Oleh Kumaran Rajamoney

JITRA: Ribut di pekan Jitra mengakibatkan seorang peniaga buah di sini terpaksa berhadapan kerugian, apabila khemah gerai diterbangkan ke jalan raya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya menerima makluman kejadian sekitar jam 3.30 petang tadi.

“Apabila tiba di lokasi kita mendapati selain khemah gerai yang terbang itu, beberapa pokok tumbang sehingga menghalang jalan.”

“Pasukan Bomba kemudiannya menjalankan kerja memotong pokok berkenaan dengan gergaji dan melakukan kerja pembersihan bagi membuka jalan.”

Bomba menggunakan kekuatan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra bagi menjalankan kerja pembersihan.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Loading...
Terkini