comscore
Tumpuan :
Nasional

Ribut, hujan lebat di 6 negeri petang ini

 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal membadai enam negeri, termasuk Sabah dan Sarawak sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataannya memaklumkan di Semenanjung, ia diramal melanda Perak khususnya Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang; Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Rompin); Selangor (Sabak Bernam, Klang dan Petaling) selain Segamat, Muar, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

Katanya, di Sarawak pula, cuaca itu diramal melanda Kuching (Bau dan Lundu), Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis), manakala Sabah membabitkan Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Susulan itu, orang ramai dinasihati untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini