comscore
Tumpuan :
Nasional

Ribut, hujan lebat di beberapa kawasan sehingga Khamis ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan sehingga 9 Februari, Khamis ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, ramalan cuaca itu berdasarkan analisis model cuaca.

“Ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di timur Semenanjung pada sebelah pagi.

“Manakala cuaca sama dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, tengah dan utara Sarawak serta barat Sabah pada sebelah petang dan malam sehingga 9 Februari ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini