comscore
Tumpuan :
Nasional

Ribut petir dijangka berlaku di Kedah, Johor bermula 12 tengah hari ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Langkawi (Kedah), Tangkak, Muar, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru (Johor) serta Melaka, bermula jam 12 tengah hari ini.

Amaran itu turut dikeluarkan di kawasan perairan negara iaitu di Perlis dan Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Sarawak sehingga jam 1 tengah hari ini.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer/sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot-bot kecil.

Sementara itu, untuk aktiviti perkapalan pula, angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Phuket, utara Condore, utara Reef North, Layang-Layang dan Palawan sehingga 25 Jun ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka di kawasan perairan Phuket, Selat Melaka, Samui, Tioman, Condore, Bunguran, Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan, Palawan, Sulu dan Sulawesi sehingga jam 1 tengah hari ini.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini