comscore
Tumpuan :
Nasional

Ribut petir dijangka berlaku di sembilan negeri

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlaku pada petang ini di beberapa negeri hari ini.

METMalaysia menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan ribut petir pada petang ini dijangka berlaku di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, dan Johor.

“Di Sarawak, beberapa daerah yang dijangka berlaku ribut petir di Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Selain itu, di Sabah, beberapa daerah yang dijangka berlaku ribut petir di Pendalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat,” katanya.

Loading...
Terkini