comscore
Tumpuan :
Nasional

Ribut petir, hujan hampir seluruh negara hingga 9 malam

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan bersedia menghadapi cuaca buruk selepas Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sepuluh negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga 9 malam ini.

METMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan, keadaan itu diramal di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah. Wilayah Persekutuan pula di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di Kedah membabitkan Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Pulau Pinang ialah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Menerusi kenyataan sama, di Perak membabitkan Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim manakala di Pahang ialah Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran.

“DiJohor membabitkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang manakala di Sarawak ialah Sarikei, Sibu, Kanowit, Kapit, Bukit Mabong, Belaga, Miri, Subis, Beluru, Miri, Marudi dan Limbang.

” Di Sabah pula, ialah Pedalaman, Kuala Penyu, Beaufort, Pantai Barat dan Papar,” katanya.

Loading...
Terkini