comscore
Tumpuan :
Nasional

Ribut petir, hujan lebat, angin kencang diramal landa 4 negeri

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor hingga jam 2 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran melalui Facebook memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka melanda daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan.

Di Terengganu pula, ribut petir dan hujan lebat diramalkan melanda Marang, Dungun dan Kemaman, manakala Pahang membabitkan kawasan Kuantan, Pekan serta Rompin.

“Di Johor, dua kawasan membabitkan Mersing dan Kota Tinggi dijangka mengalami keadaan cuaca itu,” katanya.

Menurut METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan merujuk laman web: www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini