comscore
Tumpuan :
Nasional

Ribut petir, hujan lebat di 12 negeri termasuk dua Wilayah Persekutuan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bakal berlaku di 12 negeri termasuk Sabah dan Sarawak serta dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 6 petang ini.

METMalaysia berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Menurutnya, selain negeri lain yang dijangka berdepan cuaca sama ialah Kedah membabitkan Kulim dan Bandar Baharu, Pahang di Tanah Tinggi, Cameron, Raub, Jerantut, Maran, Kuantan dan Rompin.

“Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak: Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang juga dijangka mengalami cuaca berkenaan.

“Selain itu, di Sabah dijangka membabitkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud),” katanya dalam kenyataan di media sosial.

Kenyataan itu berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu keluaran,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini