comscore
Tumpuan :
Nasional

Ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya hingga jam 7 petang

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda ibu kota dan Putrajaya selain beberapa daerah di enam negeri sehingga jam 7 malam ini.

Selain kawasan Kulim dan Bandar Baharu di Kedah, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan, keadaan cuaca sama diramal di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Selain itu, di Perak, katanya, hujan lebat berserta ribut petir diramal di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Di Selangor pula membabitkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang; Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban); Johor (Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini