comscore
Tumpuan :
Nasional

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR:Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Selasa apabila dolar AS terus menambah nilai, didorong oleh pendirian dasar monetari AS yang begitu agresif untuk membendung inflasi di negara itu, kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6045/6085 berbanding dolar AS daripada 4.6030/6045 semalam.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata kenaikan rancak nilai dolar baru-baru ini telah menyebabkan kejatuhan dalam ekuiti Eropah serta pound Britain.

“Dari sudut teknikal, dagangan ringgit berbanding dolar sedang menghampiri zon rintangan pada paras terendah 1998.

“Memandangkan tiada rintangan besar antara nilai semasa dan paras terendah 1998, dolar mungkin bergerak lebih tinggi berbanding ringgit,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.4364/4403 daripada 4.4405/4420 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.1876/1908 daripada 3.1950/1965.

Bagaimanapun, mata wang tempatan menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2087/2117 daripada 3.2054/2069 pada penutup Isnin dan lemah berbanding pound Britain menjadi 4.9600/9643 berbanding 4.9197/9213 semalam. -BERNAMA

Loading...
Terkini