comscore
Tumpuan :
Nasional

RITUAL TOLAK BANJIR BERCANGGAH AJARAN ISLAM – AHMAD MARZUK

KELANTAN: Ritual menolak banjir yang dilakukan oleh Ibrahim Mat Zin atau gelarannya Raja Bomoh bersama seorang wanita di Teluk Intan baru-baru ini jelas terdapat unsur-unsur bercanggah dengan ajaran Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berharap Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengambil tindakan tegas terhadap Ibrahim dan individu lain yang terlibat.

“Tindakan itu jelas membawa unsur yang bercanggah dengan ajaran agama Islam iaitu unsur khurafat dan tahyul yang dilakukan dalam upacara itu.

“Kita serahkan kepada pihak berkuasa agama negeri (JAIPk) mengenakan tindakan lebih tegas (kepada individu yang terlibat),” katanya pada sidang media selepas Program Musaadah Banjir di Pasti Nur Fatihah, Kuala Balah hari ini.

Semalam JAIPk dilaporkan akan memanggil Ibrahim berhubung satu ritual kononya bagi menolak banjir di Dataran Pengairan dan Saliran Teluk Intan yang tular menerusi rakaman video.

Pengarahnya Datuk Mohd Yusop Husin berkata, selain Ibrahim, pihaknya akan memanggil individu lain yang terlibat dalam kejadian berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam – Bernama

Loading...
Terkini