comscore
Tumpuan :
Nasional

RM5.5 juta kerugian penipuan pelitup muka

KUALA LUMPUR: Kira-kira RM5.5 juta kerugian dicatatkan akibat penipuan jualan pelitup muka secara dalam talian.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia membabitkan iklan palsu dalam media sosial terutama Facebook dan WhatsApp.

“Daripada 18 Mac hingga semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka sebanyak 572 kertas siasatan berkaitan penjualan penutup muka yang membabitkan anggaran sebanyak RM5.5 juta.

“Negeri yang paling tinggi dibuka kertas siasatan adalah Selangor dengan 122 kes serta Johor dan Pulau Pinang, masing-masing 68 kes.

“Hasil siasatan itu, polis menangkap sebanyak 181 individu dan seramai 53 individu dituduh di mahkamah,” katanya dalam sidang media harian, hari ini.

Beliau turut mengingatkan, agar orang awam tidak melakukan urus niaga di laman web yang mencurigakan, memandangkan pelitup muka kini sudah senang untuk diperolehi.

Loading...
Terkini