comscore
Tumpuan :
Nasional

RoS arahkan parti MYPPP adakan semula Pemilihan Parti

KUALA LUMPUR: Parti myPPP semalam mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Majlis Tertinggi kepimpinan parti itu menerusi perhimpunan Agung ke-67 di ibu negara.

Berdasarkan pemilihan diadakan Tan Sri M. Kayveas memaklumkan berjaya mengekalkan kedudukan nombor satu dalam pemilihan semula Majlis Tertinggi parti itu bagi sesi 2023- 2028, sebagaimana arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, (RoS).

“Pemilihan diadakan setelah mendapat arahan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, (RoS), katanya ketika dihubungi TV3.

Pemilihan semula juga adalah sah disisi undang-undang selepas pihak parti menerima surat daripada RoS bagi mengadakan semula pemilihan parti untuk memulihkan kemelut yang melanda, sebelum ini.

Pemilihan semalam membabitkan jawatan Presiden, Naib presiden (tiga orang) dan 18 ahli majlis tertinggi sesi 2023-2028.

Keputusan mengenainya juga akan dikemukakan kepada pihak RoS.

Pembatalan parti itu diisytiharkan Pendaftar Pertubuhan RoS, Masyati Abang Ibrahim menerusi satu notis kepada parti itu, kira-kira enam tahun lalu.

Salinan pembatalan turut diserahkan kepada Tan Sri M Kayveas, dan Datuk Seri Maglin Dennis D’Cruz.

“Sudah enam tahun berlalu, situasi ketika itu masih kucar kacir tanpa penyelesaian aman dalam parti, saya tidak mahu krisis ini berpanjangan untuk 20 tahun akan datang, saya harap segalanya boleh kembali normal secepat mungkin, katanya.

 

Loading...
Terkini