comscore
Tumpuan :
Nasional

Rosmah buat ‘kemunculan’ di Menara UMNO

FOTO: NSTP

Oleh Ain Shafiqah Zaki

KUALA LUMPUR: Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor pada malam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di Menara Dato’ Onn, di sini, sebentar tadi menimbulkan persoalan pengamal media.

Beliau tiba sekitar jam 8 malam berserta  seorang pengiring wanita, dipercayai merupakan pegawainya.

Beliau yang hadir berbusana hijau cair itu meminta media untuk tidak mengambil gambar.

Pegawainya turut menegur jurugambar supaya tidak mengambil foto isteri Bekas Perdana Menteri ke-6 itu.

“No pictures, no pictures (jangan ambil gambar)”, katanya.

Kehadiran beliau malam itu dipercayai mungkin bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang mempengerusikan mesyuarat MKT, malam ini.

Selain Rosmah, pemimpin tertinggi parti yang hadir ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin dan beberapa ahli MKT lain.

Antara ahli MKT lain yang hadir ialah Datuk Seri Ahmad Said (Pengerusi UMNO Terengganu), Datuk Ab Raof Yusoh (Pengerusi UMNO Melaka), Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Ahmad Puad Zarkashi dan Datuk Dira Abu Zahar.

Selain itu yang turut hadir, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Razali Ibrahim.

Loading...
Terkini