comscore
Tumpuan :
Nasional

Ruang udara dibuka semula, pengembara dinasihat peka dengan jadual penerbangan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Pengembara dari negara ini yang ingin ke Iran, Iraq, Jordan dan Lubnan dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan sebarang kemungkinan gangguan jadual penerbangan.

Menurut kenyataan dikeluarkan Wisma Putra, Kementerian Luar, pengembara dari Malaysia juga disarankan untuk merancang perjalanan dengan sewajarnya.

Nasihat itu dikeluarkan susulan kerajaan Iran, Iraq, Jordan dan Lubnan mengumumkan pembukaan semula ruang udara mereka dan penyambungan operasi penerbangan di negara masing-masing.

“Kementerian Luar ingin mengingatkan rakyat Malaysia untuk terus berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan di negara terbabit.

“Adalah dijangkakan terdapat kemungkinan kelewatan penerbangan apabila operasi disambung semula secara berperingkat dan disesuaikan dengan protokol baharu,” katanya.

Ruang udara di Iran, Iraq, Jordan dan Lubnan ditutup sebelum ini susulan Iran melancarkan serangan ratusan dron dan peluru berpandu kepada Israel pada Sabtu lalu.

Tehran menjelaskan tindakannya itu berdasarkan konteks Artikel 51 Piagam PBB, berikutan serangan Israel ke atas Kedutaan Iran di Syria, 1 April lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini