JELI: Hujan lebat berterusan menyebabkan sebuah rumah di Kampung Belahat rosak teruk apabila berlaku tanah runtuh membabitkan bahagian dapur rumah terbabit, awal pagi tadi.
Bagaimanapun dalam kejadian jam 4 pagi itu, kesemua mangsa yang berada dalam rumah berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim, berkata tanah runtuh berlaku di bahagian dapur membabitkan panjang 50 meter.
“Rumah berkenaan sudah tidak selamat didiami dan kesemua penghuni sudah berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
“Kawasan di sekitar rumah masih ada pergerakan tanah akibat air hujan dan tanah tidak stabil,” katanya ketika dihubungi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.