comscore
Tumpuan :
Nasional

Rumah kedai, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran

MERSING: Tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran melibatkan rumah kedai separa kekal di Kampung  Gajah Mati, Mersing, Johor, awal pagi tadi.

Komander Operasi, Abdul Mu’iz Mukhtar berkata sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Endau digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 3.47 pagi.

Setiba di lokasi kejadian, api sedang marak dan dipercayai 80 peratus struktur rumah kedai itu telah terbakar.

Kebakaran dapat dikawal  jam 6:40 pagi.

Enam daripada tujuh kenderaan yang hangus terbakar  adalah motosikal pelbagai jenis termasuk Yamaha dan Modenas Kriss.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini