comscore
Tumpuan :
Nasional

Rumah terbuka, platform perkukuh ukhwah langkaui perbezaan politik

Oleh Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Kehadiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada majlis Rumah terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI mencerminkan semangat ukhwah dan muhibah melangkaui perbezaan politik.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keadaan itu menunjukkan kematangan pimpinan politik untuk mengenepikan sebarang sentimen politik.

“Perbezaan fahaman tidak menghalang kita untuk berada di haluan yang sama terutamanya ketika kita merayakan Aidilfitri.”

“Jadi, kita bergerak kehadapan.”

Datuk Seri Muhammad Sanusi hari ini menghadiri rumah terbuka anjuran kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengiringi keberangkatan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Dalam pada itu, negeri Kedah katanya tidak dipandang sepi kerana menerima peruntukan sejumlah RM1.6 billion bagi projek baharu dan projek yang disambung.

“Ini bukan projek dalam perancangan tetapi ini adalah bajet yang telah diluluskan meliputi 442 projek Persekutuan di negeri.”

“Ia terdiri daripada 136 projek baharu manakala 306 adalah projek sambungan..jadi sekali lagi Perdana Menteri betul-betul menterjemahkan prinsip ini kpada masyarakat dan ia tidak langsung membedakan negeri yang tidak diterajui kerajaan Perpaduan dan tetap menerima peruntukan yang besar,” katanya.

Beliau berkata, ini juga sekali gus menunjukkan bahawa Perdana Menteri mahukan pendekatan baharu dimana kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri memberi fokus kepada rakyat sebagai keutamaan.

Loading...
Terkini