comscore
Tumpuan :
Nasional

Runtuhan tebing: Status pembinaan ditentukan selepas laporan siasatan diterima

FOTO: NSTP

SHAH ALAM: Selangor akan meneliti laporan penuh insiden runtuhan tebing sungai di projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) sebelum membuat sebarang keputusan berhubung penyambungan semula projek berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri, Ir. Izham Hashim telah ke lokasi berkenaan semalam bagi menyiasat dan mengenal pasti nilai kerugian akibat kejadian itu.

“Kita perlu siasat dahulu … semalam exco berkenaan sudah melawat tempat kejadian bagi melihat secara dekat kesan runtuhan.

“Kalau melibatkan kelemahan struktur yang dibina oleh pemaju berkenaan atau kontraktor yang diberi tanggungjawab, saya rasa setiap projek ada insuran,” katanya kepada pemberita selepas melawat Akademi Bateriku.Com di sini hari ini

Datuk Seri Amirudin berkata dengan perlindungan insurans pastinya kos kerugian bagi kerosakan berkenaan akan ditanggung atau dibayar oleh syarikat insurans.

FOTO: NSTP

Bagaimanapun, beliau membayangkan kemungkinan tiada peningkatan kos yang ketara kerana insiden itu hanya melibatkan runtuhan ban atau tebing sungai namun keputusan muktamad mengenai status projek dapat dibuat setelah laporan penuh kejadian diterima kelak.

Semalam, Ir.Izham dilaporkan berkata siasatan komprehensif untuk mengenal pasti punca kejadian itu akan diketuai Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) yang telah melantik konsultan yang mempunyai kepakaran bidang berkaitan bagi kerja-kerja penyiasatan itu.

Beliau berkata laporan lengkap untuk mengenal pasti punca insiden itu akan dikemukakan dalam masa tiga bulan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Sabtu lepas, tebing di projek berkenaan runtuh menyebabkan limpahan air sungai memasuki bahagian hadapan tapak pembinaan namun tiada kecederaan dilaporkan. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini