comscore
Tumpuan :
Nasional

RUU Lompat Parti: Tempoh Satu Bulan Ditetapkan Untuk Dikuatkuasakan

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Tempoh satu bulan ditetapkan bagi menjadikan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) berkaitan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti sebagai Rang Undang-Undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Parlimen& Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata selepas mendapat kelulusan Dewan Negara, RUU terbabit akan dikembalikan kepada kamar Peguam Negara sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Kita mempunyai jangka masa yang tertentu ataupun timeframe timeline kita kita sendiri” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen hari ini.

Tambahnya selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ia sekali lagi dikembalikan kepada Peguam Negara.

Jelas Datuk Seri Wan Junaidi, Pejabat Peguam Negara sekali lagi memohon kepada Yang Dipertuan Agong untuk dikuatkuasakan undang-undang terbabit.

Loading...
Terkini