Oleh: Kadir Edison
KUCHING: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) berkaitan pekerja dalam sektor gig negara dan pindaan terhadap Ordinan Buruh Sarawak.
Pindaan bagi RUU terbabit bagi memberikan hak kesamarataan dan menyediakan jaringan keselamatan sosial bagi setiap perkerja sektor gig serta pekerja di Sarawak selari dengan hak yang termaktub dalam Akta Kerja 1955.
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata, pindaan terhadap Ordinan Buruh Sarawak peru dilakukan selepas lebih dua dekad ordinan terbabit dikuatkuasakan di Sarawak.
Katanya menerusi pindaan terbabit beberapa perkara yang tidak terdapat dalam ordinan terbabit akan diselaraskan agar seiring dengan perkara-perkara yang terkandung dalam Akta Kerja 1955 yang digunapakai di semanjung Malaysia.
“Antara perkara yang dimasukkan dalam pindaan terbabit adalah jumlah kelayakan cuti bersalin, cuti paterniti serta peruntukan-peruntukan berkaitan antidiskriminasi di tempat kerja dan peruntukan untuk insiden gangguan seksual di tempat kerja.
‘Melalui pindaan ini semua ini akan ada supaya hak pekerja di Sarawak akan sama dengan hak pekerja di tempat lain di Malaysia.
“Jadi ini adalah satu pindaan yang ditunggu-tunggu oleh warga pekerja selama 20 tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Kolektif Sarawak Comercial Bank Association (SCBA) bersama Sarawak Bank Employee Union (SBEU) di sini.
Mengulas mengenai RUU Pekerja Gig Seven berkata, fokus akan diberikan kepada menyediakan mekanisma jaringan perlindungan dan aspek keselamatan sosial kepada perkerja sektor itu memandangkan sektor berkenaan tidak termaktub dalam Akta Kerja 1955.
Katanya beberapa sesi libat urus membabitkan pemengang taruh termasuk pekerja-pekerja gig, persatuan terlibat, penyedia platform serta ahli akademik bagi membantu membentuk satu kerangka undang-undang berkenaan.
“Kertas kabinet bagi pembentangan RUU itu sudahpun diluluskan pada Julai lalu dan KESUMA kini sedang dalam proses merangka RUU terbabit sebelum ia dapat dibentangkan pada sidang parlimen hujung tahun ini,” katanya.
Empat perkara akan dimuatkan dalam RUU itu yang akan merangkumi kesemua aspek keperluan dan kebajikan pekerja-perkeja sektor terbabit.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.