comscore
Tumpuan :
Nasional

RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 dibentangkan di Dewan Rakyat

 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Membentangkan perkara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata bacaan kali kedua dan ketiga RUU ini akan dibuat pada persidangan kali ini.

Sebaik dibentangkan, Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan bangun meminta penjelasan.

“Pihak pembangkang hampir setuju sepenuhnya taklimat yang diberikan Menteri Dalam Negeri sendiri dan Kementerian Dalam Negeri mengenai cadangan pindaan perlembangaan ini yang melibatkan banyak peruntukan tetapi malangnya apabila kami dapat ‘blue bill’ ini pada hari ini terdapat beberapa peruntukan yang penting telah tidak terdapat di dalam bil biru ini dan ini merupakan tindakan yang mengejutkan sepatutnya kami dipanggil kembali untuk diberi penerangan kenapa tidak seperti mana diberikan taklimat itu,” kata Datuk Seri Takiyuddin.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor yang mempengerusikan persidangan sebaliknya meminta Datuk Seri Takiyuddin membangkitkan isu tersebut dalam sesi perbahasan berkaitan RUU itu nanti.

Datuk Seri Saifuddin kemudiannya bangkit menyatakan bacaan kali kedua dan ketiga direncana dibuat pada mesyuarat yang sama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini