Tumpuan :
Nasional

Sabah catat 355 mangsa banjir setakat petang ini

Penduduk beberapa kampung di Kota Marudu kini ditempatkan di dua PPS. – FOTO: Ihsan APM Sabah

KOTA KINABALU: Seramai 355 orang daripada 105 keluarga terjejas banjir di Kota Marudu dan Beaufort.

Menurut statistik yang dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Kota Marudu mencatatkan jumlah mangsa banjir seramai 258 mangsa daripada 76 keluarga setakat jam 5 petang ini.

“Semua mangsa sudah ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).

“Beaufort pula menunjukkan bilang penduduk terjejas banjir seramai 97 orang membabitkan 29 keluarga yang kini ditempatkan di satu PPS.

“Bagaimanapun, statistik keseluruhan dijangka akan bertambah daripada semasa ke semasa berikutan keadaan cuaca tidak menentu di seluruh negeri ketika ini,” katanya.

Sementara itu, APM Sabah menasihatkan orang awam khususnya tinggal berhampiran sungai dan kawasan rendah supaya sentiasa berwaspada dan peka dengan situasi semasa di daerah masing-masing.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini