PETALING JAYA: Bayangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle akan rujuk semula sejak beberapa hari lalu semakin benar selepas kedua-duanya tampil memegang tangan dan kelihatan mesra di satu karnival yang diadakan di Petaling Jaya petang tadi.
Pasangan yang sedodon berbaju biru itu juga tidak menolak untuk diambil foto kemesraan seolah-olah mengiyakan apa yang diteka dan didoakan oleh warganet di laman sosial semoga mereka bersatu kembali.
Lebih mengujakan Farid juga menyiarkan semula hantaran seorang pengguna Instagram yang memuat naik foto perkahwinannya selain video-video Diana ketika di karnival berkenaan.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada kenyataan rasmi daripada selebriti ini untuk mengesahkan spekulasi mengenai rujuk semula
Farid,42, Diana, 31, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos lalu.
Artikel berkaitan: Farid, Diana sah bercerai talak satu
Pada 21 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberikan hak penjagaan penuh dua anak mereka kepada Diana
Artikel berkaitan: Diana Danielle dapat hak jagaan penuh Muhammad, Nur Aurora
Mereka mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.