comscore
Tumpuan :
Gaya Hidup

Sajian cendawan laut ‘boren’, warisan penduduk Kampung Pendas Laut

PETALING JAYA: Pastinya masih ramai penduduk Malaysia yang tidak pernah mencuba sajian unik berasaskan cendawan laut.

Bukan itu sahaja, malah rupa hidupan laut ini juga tidak pernah diketahui.

Majalah 3 menjejaki sajian warisan ini dan ia membawa krew ke perkampungan nelayan di Kampung Pendas Laut, Gelang Patah, Johor.

Masyarakat setempat menggelarnya ‘Boren’ sejenis haiwan perumah yang mendiam di laut dan muncul pada waktu air surut.

Biarpun populasi cendawan laut daripada genus Stichodactyla ini cukup banyak di Selat Tebrau, namun proses mendapatkan agak leceh menyebabkan hanya segelintir penduduk sahaja yang mencarinya.

Kini, tidak ramai yang mengenali Boren, hanya generasi lama seusia Mak Pah atau Latipah Hassan, 65 tahun, yang tahu rahsia keenakannya.

Selepas dibersihkan dan dipotong, Boren kelihatan seperti daging lembu.

“Boren tidak boleh basah. Dia kena betul-betul kering macam rendang. Kalau masak jangan ada air. Kalau masak sampai dia kering jadi hitam seperti masak rendang atau masak kicap kering” kata Mak Pah dalam program Majalah 3.

Menurut Mak Pah lagi, rasa Boren yang siap dimasak persis rasa daging, mempunyai tekstur lembut dan enak dimakan bersama nasi panas.

Mak Pah merupakan generasi ketiga keluarga nelayan kini mewariskan sajian istimewa itu kepada anak dan cucunya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sajian eksotik cendawan laut, saksikan Majalah 3 pada jam 9 malam ini di TV3.

Langgan TontonUp untuk eksklusif episod penuh Majalah 3 di Tonton.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini