comscore
Tumpuan :
Nasional

Salad kulit buah naga untuk kecantikan

Oleh Izzatie Rizan

SEPANG: Rupa-rupanya kulit pun boleh dimakan.

Kulit buah naga atau lebih dikenali sebagai pitaya, boleh dinikmati sebagai salad.

Choo Siew Joon, 52, yang merupakan pengusaha buah jenis kaktus itu memberitahu salad kulit buah naga adalah petua kecantikan kulit yang diamalkannya sejak dua tahun lalu.

Sebanyak 20 kali percubaan dilakukan beliau sebelum dapat menghasilkan rasa salad kulit buah naga, yang enak dan sesuai dimakan bersama sayuran yang lain.

“Pada permulaan saya tak terfikir, saya cuma membuat enzim daripada buah ini….namun pertanyaan seorang rakan sama ada ianya boleh dimakan atau tidak, menggerakkan hati saya untuk mengolah kulitnya,”

“Percubaan pertama memang sukar sebab kulitnya agak keras dan tak boleh kunyah namun selepas selepas beberapa kali percubaan saya berjaya mengolahnya,”katanya kepada Buletin TV9



Untuk menghasilkan salad istimewa ini, kulit buah naga perlu dikupas pada bahagian luarannya sebelum dihiris menjadi potongan nipis.

Bagi menerbitkan rasanya, kepingan kulit berkenaan perlu diperap selama dua jam dengan menggunakan campuran madu, buah lemon termasuk bahan perasa istimewa iaitu serbuk asam boi.

Siapa sangka kesemua campuran itu menghasilkan rasa istimewa pada kulit buah naga yang rasa asalnya tawar.

Selain salad, Siew Joon turut menggunakan buah naga sebagai masker wajah sebagai petua awet muda.

“Pada mulanya saya tak percaya buah naga itu dapat membawa kecantikan…tapi selepas mempraktikkannya kulit muka jadi lebih mulus,” katanya.

Loading...
Terkini