comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sam Rainsy telah tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

 

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pembangkang Kemboja, Sam Rainsy telah meninggalkan Malaysia pagi semalam.

Perkembangan itu disahkan Kementerian Luar menerusi satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dimaklumkan akan kehadiran Rainsy di negara ini.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa tiada acara awam diadakan sepanjang keberadaan Rainsy di negara ini.

Gambar fail, Pemimpin Pembangkang Kemboja, Sam Rainsy ditemui media selepas perjumpaan dengan pemimpin kerajaan, di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 2019. – Foto NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD.

Beberapa laporan lain pula menyebut Rainsy diusir dari negara ini.

Ia selepas beliau dan rombongannya dihalang daripada mengadakan mesyuarat di ibu negara.

Menurut laporan akhbar Kemboja Khmer Times, Rainsy datang ke negara ini menggunakan pesawat peribadi dan pasport Perancis.

Langkah itu dipercayai bagi membolehkannya masuk tanpa penelitian pihak berkuasa Malaysia.

Rainsy dikatakan ingin bermesyuarat di Kuala Lumpur kelmarin bersama beberapa pemimpin daripada partinya yang diharamkan di Kemboja, namun dihalang berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Laporan portal itu turut memetik penghargaan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen terhadap Datuk Seri Anwar atas tindakan itu.

“Anwar pernah memberi jaminan tidak akan membenarkan Rainsy menjejakkan kaki ke Malaysia. Saya amat menghargai tindakan Malaysia mengusir Rainsy,” katanya dalam laporan itu.

Loading...
Terkini