comscore
Tumpuan :
Nasional

Sama-sama perhalusi modul latihan PDRM

Oleh: Aslina Abu Bakar

PETALING JAYA: Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) bersedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperhalusi semula modul latihan pasukan berkenaan.

Presidennya, Datuk Meor Che Hussein berkata, pandangan lebih 2,000 pegawai bersara yang mempunyai pengalaman dan pendedahan luas, penting dalam menangani isu integriti, membabitkan institusi keselamatan negara.

Pihakya juga mempelawa PDRM  membuat kajian bersama bagi memperkemas modul sedia ada.

” Pengisian patriotisma, cinta negara, bangsa dan agama serta modul kerohanian harus diterapkan bagi memperkukuh diri aggota daripada godaan yang bertentangan dengan etika kerja PDRM.

“Selain faham tugas hakiki, anggota dan pegawai juga perlu didedahkan dengan  bidang lain antaranya daripada segi perundangan,kesihatan, fizikal, psikologi serta peradaban.

Beliau ketika ditemui Buletin TV3, hari ini juga tidak menafikan materialisme dan bebanan kerja yang bertambah menjadi faktor berlakunya ketirisan.

“Cabaran masa kini  terlalu besar..begitu jugak beban tugas yang dijalankan oleh pegawai pegawai polis ni.

“Jadi kerajaan perlu fikir anggaran jumlah anggota seramai 140 ribu lebih memang tak cukup, mereka akan tertekan dengan beban kerja yang banyak.” katanya.

Datuk Meor yang ditemui selepas temubual eksklusif bersama radio Kool FM pagi tadi meminta masyarakat tidak beranggapan semua pegawai dan anggota PDRM terlibat dalam kecurangan dan salah laku.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini