comscore
Tumpuan :
Nasional

Sambung atau lanjut PKPB belum diputuskan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Belum ada keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir Selasa depan, akan dilanjutkan atau sebaliknya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perbincangan mengenai perkara itu belum dilakukan.

“Seperti biasa, setiap kali sambung (PKPB), kita akan membuat pengumuman. Setakat hari ini, kita belum tahu lagi kerana belum ada perbincangan sama ada hendak sambung atau tidak.

“Selepas keputusan dibuat, kita akan umumkan. Sambung (PKPB) pun kita umum, tidak sambung pun kita umum.

“Justeru, tunggulah pengumuman itu dibuat nanti,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Loading...
Terkini