comscore
Tumpuan :
Nasional

Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya; Hari Malaysia di Sabah

 

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Putrajaya sekali lagi dipilih menjadi hos sambutan Hari Kebangsaan ke-67 pada 31 Ogos tahun ini.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, penentuan lokasi itu diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

“Perincian mengenai tema, logo dan sebagainya akan diumum pada satu majlis kelak,” katanya pada sidang media di sini.

Ini adalah kali keenam sambutan Hari Kebangsaan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan iaitu julung kali pada 2003 dan kali kedua penganjuran di lokasi berkenaan di bawah Kerajaan MADANI dengan kali terakhir pada tahun lalu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

Mengulas lanjut, Fahmi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pula bakal diadakan di Sabah.

Ujarnya, lokasi khusus sambutan terbabit akan diumum selepas mesyuarat pertama yang akan dipengerusikan bersama beliau dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew.

Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 September tahun lalu diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak yang juga menggunakan tema sama dengan Hari Kebangsaan 2023 iaitu “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini