comscore
Tumpuan :
Nasional

Sanggup kejar untung, walaupun lesen bot tamat tempoh tiga tahun

FOTO: Ihsan Jabatan Perikanan Selangor

KUALA SELANGOR: Sanggup kejar keuntungan walaupun mengetahui lesen bawa penumpang sudah tamat tempoh pada 2021.

Itu tindakan seorang pemilik bot ketika ditahan Jabatan Perikanan Selangor di kedudukan 1.81 batu nautika Pulau Angsa, di sini, kelmarin.

Difahamkan, lelaki berusia 59 tahun itu sudah 10 tahun menjalankan aktiviti membawa pemancing dengan mengiklankan perkhidmatannya di laman Facebook.

Pengarah Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, ketika ditahan pada jam 3.15 petang pemilik vesel membawa empat lelaki berusia 26 hingga 65 tahun yang sedang memancing.

“Bot itu disyaki melanggar syarat lesen iaitu membawa kru melebihi bilangan yang ditetapkan dan membawa penumpang tanpa kelulusan Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

FOTO: Ihsan Jabatan Perikanan Selangor

“Pemilik juga gagal mengemukakan dokumen kelulusan daripada Pengarah Jabatan Laut bagi membawa penumpang ketika diperiksa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Noraisyah berkata, bot bersama pemilik diiring masuk ke Jeti Limbungan Perikanan Pelabuhan Klang untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Perkara 18, Peraturan-Peraturan Perikanan (Kelautan) (Pelesenan Vesel Penangkapan Ikan Tempatan) 1985 dan Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini