comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] SAR cari lelaki disyaki dibaham buaya dihentikan sehingga ada petunjuk baharu

Oleh: Safwan Sawi

KOTA MARUDU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri dibaham buaya di Kampung Marudu Darat, Jalan Ranau-Ranau, di sini, ditamatkan hari ini, sehingga ada petunjuk baharu.

Operasi SAR untuk mencari mangsa, Razis Amat, 35, yang masuk hari kelima, hari ini, ditamatkan pada jam 6 petang tadi selepas pasukan penyelamat gagal menemui petunjuk baharu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, operasi SAR hari ini, dimulakan pada jam 8 pagi menggunakan bot penyelamat dengan kaedah pencarian ‘Surface Water Rescue’.

Agensi lain turut bersama dan seterusnya meronda ke lokasi umpan yang telah dipasang dan telah berjaya menangkap dua ekor buaya.

“Mangsa belum ditemui, Ketua Polis Daerah Kota Marudu maklum radius pencarian mangsa yang di baham buaya telah meliputi keseluruhan kawasan, kawasan sungai dan anak sungai.

“Usaha untuk mengesan mangsa telah dilakukan dengan giat pada hari ini, namun tiada petunjuk baharu dan oleh itu, setelah berbincang dengan agensi-agensi yang terlibat maka operasi SAR telah ditamatkan pada jam 6 petang sehingga mendapat petunjuk baru,” kata kenyataan itu, di sini, hari ini.

Terdahulu dalam kejadian pada 11 September lalu, seorang lelaki dikhuatiri dibaham buaya manakala seorang lagi mangsa terselamat ketika melakukan aktiviti mandi-manda di sungai berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini