comscore
Tumpuan :
Nasional

Sarang judi mesin simulator digempur

SELAYANG: Sarang judi mesin simulator di sebuah premis rumah kedai di sini, digempur pihak berkuasa, baru-baru ini.

Hasil risikan dijalankan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mendapati premis berkenaan dipercayai sudah beroperasi selama sebulan tanpa lesen perniagaan yang sah, selain turut dikendali pekerja warga asing.

Siasatan lanjut juga mendapati premis berkenaan menggunakan transaksi pembayaran atas talian bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Seorang pelanggan yang ditahan mendakwa setiap pelanggan dijaga beberapa pekerja wanita warga asing yang berbeza mengikit pertukaran wang di premis berkenaan.

Pemilik premis itu juga menawarkan ganjaran berbentuk patung, gajet dan barangan elektrik bagi setiap mata yang dikumpulkan kaki judi.

Dalam pada itu, pihak MPS turut menyerbu sebuah premis berhampiran yang menjadi sarang sindiket perjudian.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS, Ahmad Faisal Badiuzaman berkata kedua-dua premis yang diserbu disyaki mempunyai unsur perjudian.

“Aktiviti premis berkenaan lebih kepada ‘cyber café’ dan diambil tindakan kerana beroperasi tanpa kebenaran pihak majlis.

“Pihak kami akan terus menjalankan tindakan sitaan dan bekerjasama dengan pihak polis bagi membanteras aktiviti tidak sihat ini,” katanya.

Secara keseluruhan sebanyak 48 unit mesin elektronik disyaki digunakan untuk kegiatan judi, tujuh unit televisyen, dua unit komputer dan beberapa peralatan lain dirampas di kedua-dua premis berkenaan.

Saksikan laporan khas ‘Sarang Judi’ dan pelbagai rangkuman kes sepanjang minggu dalam program 999 malam ini di TV3.

Program 999 bersiaran setiap Selasa, jam 9 malam dan strim sekarang melalui Tonton!

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini