comscore
Tumpuan :
Nasional

Saraswathy lapor polis difitnah

Timbalan Menteri Perpaduan, K. Saraswathy.

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perpaduan, K. Saraswathy tampil membuat laporan polis terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, Satees Muniandy semalam yang dikatakan menuduhnya tidak membayar cukai mencecah RM200,000.

Ketua Polis Putrajaya, A Asmadi Abdul Aziz berkata pihaknya juga sudah mengambil keterangan daripada beliau.

Menurut Asmadi, polis akan memohon perintah menyiasat daripada timbalan pendakwa raya sebelum membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas penggunaan kemudahan rangkaian secara tidak wajar.

Sebelum ini, Saraswathy menafikan beliau berhutang RM200,000 dalam bentuk tunggakan cukai pendapatan selama 10 tahun dan menyifatkannya sebagai berita palsu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini