comscore
Tumpuan :
Nasional

Sarawak bincang mekanisma laksana subsidi bersasar dengan kerajaan persekutuan

KUCHING: Sarawak akan berbincang dengan kerajaan persekutuan mengenai kaedah perlaksanaan penyaluran bantuan bersasar kepada penerima yang layak dalam kalangan rakyat Sarawak dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri-Persekutuan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata perbincangan terbabit penting bagi memastikan kepentingan rakyat negeri itu terutamanya dari aspek data peribadi sentiasa dilindungi.

Menurutnya Sarawak akan mengenalpasti mekanisme terbaik mengikut penyaluran bantuan bersasar kepada penerima yang layak  untuk memastikan tiada rakyat negeri itu tercicir daripada menerima bantuan.

” Sebernarnya, kita bersedia untuk melaksanakan bantuan subsidi bersasar dari kerajaan persekutuan menggunakan data yang sedia ada pada agensi-agensi di Sarawak.

“Perlaksanaan ini (subsidi bersasar) hampir sama dengan apa yang telah kita laksanakan menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Beting Maro Razaili Gapor pada persidangan DUN Sarawak di Kuching yang mahu mengetahui rancangan kerajaan Sarawak melaksanakan subsidi bersasar susulan keputusan menangguhkan pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama PADU sebelum.

Menurut Sharifah keputusan Sarawak menangguhkan pendaftaran terbabit rentatan kebimbangan melibatkan aspek keselamatan siber dan Intergriti data yang diberikan dalam sistem terbabit.

Pada masa sama Kerajaan Sarawak melalui Sarawak Multimedia Authority S-M-A) akan terus menyelia dan memantau tadbir urus keselamatan siber serta data bagi sektor awam, swasta dan rakyat Sarawak untuk memastikan data dan maklumat terbabit terlindung.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini