comscore
Tumpuan :
Nasional

Sarawak catat pendapatan RM11.9 bilion pada 2022

KUCHING: Sarawak merekodkan pendapatan keseluruhan negeri berjumlah RM11.9 bilion tahun lalu, pendapatan tertinggi pernah diperoleh negeri itu.

Jumlah terbabit juga melebihi sasaran pendapatan yang disasarkan menerusi Bajet 2022 Sarawak iaitu sebanyak RM10 bilion.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pendapatan daripada kutipan cukai menyumbang kepada jumlah terbesar pendapatan terbabit iaitu berjumlah RM6.7 bilion atau bersamaan 56 peratus

Manakala pendapatan bukan cukai pula menymbang pendapatan berjumlah RM5.2 bilion atau 44 peratus kepada keseluruhan pendapatan yang diperoleh Sarawak tahun lalu.

“Di bawah kategori hasil cukai, Cukai Jualan Negeri (SST) menyumbang 84% atau RM5.6 bilion daripada jumlah hasil cukai yang dikutip.

“Produk bercukai di bawah SST, antara lain terdiri daripada produk minyak dan gas, produk kelapa sawit dan aluminium,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet Sarawak di Kuching.

Menurut Tan Sri Abang Johari, pendapatan negeri bagi tahun ini meningkat 65 peratus berbanding 2018 sejak SST diperkenalkan yang menyumbang RM7.2 bilion kepada pendapatan negeri pada tahun berkenaan.

“Prestasi yang lebih baik dalam kutipan SST adalah disebabkan oleh harga pasaran yang lebih tinggi pada 2022 untuk produk minyak dan gas serta produk kelapa sawit,” katanya.

Jelasnya, beberapa insiatif yang diperkenalkan tahun lalu antaranya Dasar Dividen ke atas Badan Berkanun dan Syarikat berkaitan kerajaan serta cukai jualan keatas arang batu menyumbang kepada peningkatan dan pemerkasaan pendapat negeri berkenaan.

Inisiatif terbabit penting kerana Kerajaan Sarawak bersungguh-sungguh meneruskan agenda pembangunannya menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Loading...
Terkini