comscore
Tumpuan :
Nasional

Sarawak mahu keluarkan makanan ternakan daripada kelapa sawit

Foto : NSTP

KUCHING: Bimbang dengan kenaikan harga makanan ternakan.

Tidak lama lagi Sarawak dijangka menjadi pengeluar utama makanan ternakan negara.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, mengikut sasaran awal sebanyak 100,000 tan metrik sumber makanan ternakan daripada kelapa sawit akan dikeluarkan oleh negeri itu setahun.

Ini sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan ke atas import makanan ternakan kerana Sarawak cuma memerlukan kira-kira 10,000 tan metrik bahan makanan ternakan setahun.

Jadi kita boleh menstabilkan harga makanan ternakan ini yang menyebabkan kenaikan harga daging yang kita makan, katanya.

Tambah Datuk Seri Dr. Stephen Rundi sebagai permulaan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak SALCRA diamanahkan untuk mengilang makanan haiwan menggunakan produk sampingan daripada kelapa sawit.

Termasuk di tempat lain, sebanyak 85 buah kilang kelapa sawit kini beroperasi di Sarawak.

Beliau yakin hasil penyelidikan, Sarawak juga mampu mengeluarkan baja dan sumber tenaga baharu daripada kelapa sawit.

Selain sisa isirung, pelepah kelapa sawit juga boleh diproses bagi dijadikan makanan ternakan.

Loading...
Terkini