comscore
Tumpuan :
Nasional

Saringan calon pengasuh kanak-kanak diperketat – Nancy

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Tiga agensi akan berbincang bagi meneliti cadangan untuk memperketat dan mewajibkan saringan tapisan keselamatan terhadap calon yang ingin bekerja sebagai pengasuh bagi mengurangkan risiko penderaan kanak-kanak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah kementeriannya akan berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, ia antara usaha kementerian dalam memperketat proses saringan pengambilan pengasuh di taska dan pusat jagaan bagi mengurangkan risiko penderaan kanak-kanak ketika dalam penjagaan orang lain.

 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri

“Kita juga akan bersama pengusaha taska melihat calon pengasuh ini menjalani ujian psikometrik,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai langkah yang diambil kementerian bagi mengurangkan kes dera kanak-kanak yang semakin meningkat di Malaysia dan bantuan yang akan diberi kepada kanak-kanak didera selepas mereka ditemui.

Loading...
Terkini