comscore
Tumpuan :
Nasional

Sarjan ditemui maut dengan kesan tembakan

REMBAU: Seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemui maut dengan kesan tembakan di bahagian kepala di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Rembau, di sini petang semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, anggota polis terbabit umur 58 tahun dipercayai masuk ke salah sebuah bilik dan mengunci pintu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata anggota yang bertugas di BSJD Rembau itu ditemui dengan berlumuran darah di dalam salah sebuah bilik di pejabat berkenaan.

Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Pihak polis meminta orang ramai tidak mengeluar apa-apa kenyataan yang boleh menggangu siasatan pihak polis dan sebagai menghormati keluarga si mati.

Loading...
Terkini